|
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung kerana sudi melayari Laman Web Sukarelawan Polis Kontinjen Selangor. Kami sentiasa mengalu – alukan penglibatan langsung rakyat dalam usaha mencegah dan membanteras jenayah, malahan lawatan anda ke laman web ini boleh dianggap tindakan permulaan dalam usaha membasmi jenayah di kawasan kejiranan anda.
Tujuan laman web ini diadakan adalah untuk membolehkan masyarakat awam lebih memahami peranan Pasukan Sukarelawan PDRM Selangor. Ianya juga diharapkan mampu menjadi pemangkin bagi meningkatkan kerjasama masyarakat awam dengan pihak Polis dalam usaha untuk membendung peningkatan kegiatan jenayah khususnya di negeri Selangor. |
|
Baca lagi...
|